Kucing kebiasaannya kerap kali dilihat di persekitaran rumah atau kawasan berpenduduk tinggi.
Tetapi, bagaimanakah perasaan kita setelah berusaha menggunakan tulang 4 kerat dan tenaga untuk mendaki, tetapi bertemu si bulus comel di puncak gunung. Melihat kucing berada pada kedudukan sangat tinggi dari paras laut membuktikan fakta yang kucing memang sukakan tempat yang tinggi, tetapi ini gunung kot!!
Mesti kamu rasakan bahawa kucing ini mendaki lebih hebat dari kamu bukan.
Begitulah yang dialami oleh Wojciech Jabczynki seorang pendaki gunung dari Poland. Dia hampir tidak percaya ketika melihat seekor kucing berada di puncak Gunung Rysy yang terletak di antara Slovenia dan Poland.
Si bulus berkenaan seperti sudah biasa berada disana kerana semasa Wojciech mengambil gambar dan merakam video, ia tidak berganjak dan tidak mempedulikannya.
Tiada siapa yang tahu bagaimana si bulus ini boleh berada disana. Ada yang mengatakan ia mungkin penunggu yang menjaga gunung tersebut.
Gambar – Facebook.com / Wojtek-JabczyÅ„ski
Video – TRIBUNTRAVEL.COM
0 Comments